KENYATAAN PRIVASI

Maklumat Peribadi yang Kami Kumpulkan

Kami mengumpul maklumat peribadi yang anda pilih untuk berikan secara sukarela apabila menggunakan laman web dan aplikasi mudah alih kami. Maklumat ini termasuk akaun IHG® Rewards Club anda. Anda boleh menggunakan laman web kami tanpa membuat akaun, tetapi anda perlu membuat akaun jika anda ingin memanfaatkan ciri-ciri tertentu, seperti "Destinasi Kegemaran," "Pilihan Bilik / Kadar" dan ciri-ciri yang menjimatkan masa yang lain. Kami juga mungkin meminta maklumat peribadi apabila anda menghubungi bahagian Perkhidmatan Pelanggan kami. Ini akan membolehkan kami melindungi kerahsiaan anda dengan mengesahkan identiti anda.

Berikutan penginapan di salah sebuah hotel kami, maklumat penginapan hotel anda dikumpulkan dan disimpan oleh hotel kami secara tempatan, dan kemudiannya dipindahkan ke pangkalan data berpusat. Ini memudahkan analisis trend agregat yang digunakan untuk tujuan pengurusan hotel seperti merancang lokasi hotel baru, menilai kemudahan hotel, pilihan kegemaran tetamu, dan perancangan iklan. Di samping itu, urusan perniagaan anda dengan kami sangat dihargai dan kami boleh menggunakan rekod penginapan anda untuk menghantar bahan komunikasi seperti tinjauan sebagai tetamu atau tawaran promosi dan manfaatnya kepada anda melalui mel pos atau e-mel. Anda boleh "menarik diri" atau memilih untuk dikecualikan daripada menerima bahan komunikasi ini dengan menyatakan perkara ini pada pendaftaran tetamu anda semasa anda menginap di hotel atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan. Bagi Pelanggan yang tidak tinggal di Amerika Syarikat, dan yang belum memilih untuk mendaftar dalam program IHG® Rewards Club, kami boleh menghubungi anda mengenai kepuasan anda terhadap penginapan hotel anda tetapi tidak akan menghantar sebarang komunikasi promosi jualan atau tawaran istimewa melainkan anda telah bersetuju untuk menerima bahan komunikasi tersebut.

Laman web kami tidak dengan sengaja meminta atau mengumpul maklumat peribadi tentang kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Jika anda berumur di bawah 13 tahun dan ingin menggunakan laman web kami, sila minta bantuan ibu bapa atau penjaga.

Sesetengah tawaran promosi kami mempunyai ciri "Tell A Friend" yang membolehkan anda menghantar tawaran kepada rakan beserta dengan komen anda. Jika anda memilih untuk menggunakan ciri ini, kami mengumpulkan alamat e-mel rakan anda untuk memudahkan rujukan tetapi tidak menyimpannya untuk kegunaan lain.

Bagaimana Kami Melindungi Privasi Anda

Privasi dan keselamatan maklumat peribadi anda sangat penting bagi kami. Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan cara yang tidak didedahkan dalam pernyataan privasi kami atau tanpa makluman kebenaran dari anda. Kami sangat menghargai kepercayaan anda, dan kami berusaha untuk melindungi kerahsiaan dan penggunaan yang sewajarnya bagi sebarang maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami. Butiran diterangkan dalam Dasar Privasi kami yang dikemas kini

InterContinental Hotels Group adalah Peserta dalam Program Meterai Privasi TRUSTe. TRUSTe adalah sebuah organisasi bebas yang misinya adalah untuk memajukan privasi dan kepercayaan dalam dunia rangkaian. Oleh kerana laman web ini ingin menunjukkan komitmennya terhadap privasi anda, ia telah bersetuju untuk mendedahkan amalan maklumatnya dan mengizinkan amalan privasinya dipantau oleh TRUSTe untuk melihat pematuhannya. Untuk melihat senarai lengkap laman InterContinental Hotel Group yang disahkan ini, sila klik pada meterai TRUSTe.

Privasi anda adalah urusan paling penting kami. Sekiranya anda ingin berhenti melanggan surat berita dan e-mel promosi kami, hanya klik pada pautan "Berhenti melanggan" yang terdapat dalam setiap e-mel.

Sekiranya terdapat pertanyaan atau kebimbangan mengenai pernyataan ini, kami meminta agar anda terlebih dahulu menghubungi:

Kumpulan InterContinental Group

U/P: Pejabat Privasi

Three Ravinia Drive

Atlanta, Georgia 30346

Telefon: 1-770-604-8347

Faks: 1-770-604-5275

E-mel: privacyoffice@ihg.com

Sekiranya respons atau resolusi yang memuaskan tidak diterima dalam jangka masa yang munasabah, TRUSTe sedia untuk dihubungi. Sila lihat maklumat tambahan di Proses Penyelesaian Pertikaian TRUSTe Watchdog. TRUSTe akan berfungsi sebagai penghubung dengan laman web untuk menyelesaikan kebimbangan pengguna.

InterContinental Hotels Group ("IHG") mematuhi Rangka Kerja Safe Harbor A.S.-EU dan Rangka Kerja Safe Harbor A.S.-Swiss seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. mengenai pengumpulan, penggunaan, dan pengekalan maklumat peribadi dari negara anggota Kesatuan Eropah dan Switzerland. IHG telah mengesahkan bahawa ia mematuhi Prinsip Privasi Safe Harbor iaitu notis, pilihan, pemindahan seterusnya, keselamatan, integriti data, akses, serta penguatkuasaan dan komited untuk mematuhi 15 Soalan Lazim yang membentuk Rangka Kerja Safe Harbor. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Safe Harbor, dan untuk melihat pensijilan InterContinental Hotels Group, sila lawati http://www.export.gov/safeharbor/ dan cari "Six Continents Hotels, Inc." Sebagai sebahagian daripada penyertaan kami dalam safe harbor, kami telah bersetuju dengan penyelesaian TRUSTe untuk pertikaian yang berkaitan dengan pematuhan kami terhadap Rangka Kerja Privasi Safe Harbor. Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan mengenai pematuhan kami terhadap Safe Harbor, anda harus menghubungi kami terlebih dahulu (seperti yang dinyatakan di atas). Jika menghubungi kami tidak menyelesaikan aduan anda, anda boleh mengemukakan aduan anda kepada TRUSTe melalui Internet di laman http://www.truste.org/consumers/watchdog_complaint.php, faks di 415-520-3420, atau mel ke Watchdog Complaiby, TRUSTe, 55 2nd Street, 2nd Floor, San Francisco, CA, USA 94105. Jika anda menghantar faks atau mel biasa ke TRUSTe untuk membuat aduan, anda mesti memasukkan maklumat berikut: nama syarikat, pelanggaran privasi yang didakwa, maklumat untuk menghubungi anda, dan sama ada anda ingin butir-butir aduan anda dikongsi dengan syarikat atau sebaliknya. Untuk maklumat tentang TRUSTe atau pengendalian proses penyelesaian pertikaian TRUSTe, lihat http://www.truste.org/consumers/watchdog_complaint.php atau meminta maklumat ini daripada TRUSTe di mana-mana alamat yang disenaraikan di atas. Proses penyelesaian pertikaian TRUSTe akan dijalankan dalam bahasa Inggeris. Untuk data sumber manusia, kami telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Perlindungan Data. Sebarang pertanyaan, komen atau aduan mengenai amalan data (termasuk tetapi tidak terbatas kepada pematuhan dengan prinsip privasi data bagi notis, pilihan, pemindahan seterusnya, akses, keselamatan, integriti data, atau penguatkuasaan) pelanggan perisian OnBoarding dalam talian yang dihoskan atau rakan kongsi yang mana IHG memproses data harus ditujukan kepada pelanggan atau rakan kongsi tersebut.

Maklumat lanjut mengenai Privasi dan Keselamatan

Tempah sekarang