Executive Suite

Suite Eksekutif dengan Kemudahan Hotel yang Terkemuka

Nikmati kemewahan di Suite Eksekutif Holiday Inn Singapore Atrium’s dengan bilik-bilik bersaiz 60m² atau 90m² kami dengan ruang yang cukup untuk bekerja, bermain dan berehat. Kami telah sediakan semua keperluan anda dengan ruang tamu dan ruang makan yang berasingan, dan pelbagai kemudahan termasuk Wi-Fi berkelajuan tinggi dan concierge digital.

Anda juga akan rambang mata dengan pilihan di  Atrium Restaurant  kami yang menggabungkan masakan antarabangsa dan tempatan yang menarik termasuk kegemaran rakyat Singapura yang terkenal seperti Ketam Cili dan Laksa. Atau nikmati dim sum Kantonis asli di  Xin Cuisine Chinese Restaurant, restoran pemenang anugerah kebanggaan hotel kami. Tetamu hotel juga boleh berehat di Atrium Bar 317 dengan Happy Hour, High Tea hujung minggu, koktel khas kami dan snek bar atau berehat sambil menjamu selera di dalam bilik yang tersedia 24 jam sehari.

Di luar suite anda, nikmati kemudahan perniagaan dan percutian di sekitar hotel kami seperti kolam renang luaran, pusat kecergasan 24 jam, WiFi berkelajuan tinggi percuma, pusat perniagaan 24 jam, peti deposit keselamatan dan tempat letak kenderaan percuma.

1 King Junior Suite Lounge Access

1 Suite Junior King dengan Akses Ruang Rehat

Dapatkan tidur malam yang nyenyak di suite Junior bersaiz 60m² kami yang mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang berasingan. Ruang tamu suite ini menghadap ke latar langit Singapura yang menakjubkan dan juga mempunyai bilik mandi yang serba lengkap dengan kemudahan asas dan tab mandi.

  • Suite Junior
  • Akses ke Ruang Rehat Eksklusif
  • Bilangan maksimum dewasa dan kanak-kanak: 2 Dewasa & 2 Kanak-kanak
Suite 1 King 1 Bilik Tidur dengan Akses Ruang Rehat Aras Tinggi

Suite 1 King 1 Bilik Tidur dengan Akses Ruang Rehat Aras Tinggi

Suite aras tinggi berkeluasan 90m² yang mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang berasingan, membolehkan anda berehat dan berhibur dengan bergaya. Nikmati pemandangan bandar yang menakjubkan dari keselesaan bilik anda, mewujudkan suasana yang tenang untuk penginapan anda.

  • Suite Satu Bilik Tidur
  • Akses Ruang Rehat Eksklusif
  • Aras Tinggi
  • Bilangan maksimum dewasa dan kanak-kanak: 2 Dewasa & 2 Kanak-kanak
Amenities

Perabot dan Kemudahan Penting

Setiap suite hotel eksekutif yang luas menawarkan pemandangan panorama latar langit Singapura 360 darjah - sesuai untuk menikmati pemandangan bandar yang terkenal di Singapura. Selepas seharian berjalan-jalan, dapatkan rehat terbaik impian anda dengan katil bersaiz king yang empuk dan mewah, dengan bantal pilihan anda; Kami menawarkan pilihan bantal yang lembut dan pejal untuk tidur malam yang hebat.

Bilik-bilik suite hotel kami juga dilengkapi dengan TV kabel, bar mini, kemudahan membuat teh/kopi dan bilik mandi en suite penuh yang menawarkan tab mandi dan pancuran mandian berkuasa tinggi. Direka untuk keselesaan dan kemudahan setiap pelancong, pengembara yang bijak dan teliti akan rasa seperti berada di rumah di suite eksekutif kami dengan ciri-ciri seperti Peti Besi Dalam Bilik, Kawalan Penghawa Dingin Dalam Bilik, Pengering Rambut, Jubah Mandi & Selipar, Meja Solek Berasingan, Meja Kerja dengan Jalur Kuasa dan banyak lagi.

Tempah sekarang